Soalan Lazim

Umum

Nama penumpang MESTI DIMASUKKAN DENGAN BETUL dengan turutan yang TEPAT sepertimana yang dipaparkan pada pasport atau dokumen perjalanan sah anda

Harap maklum bahawa jika nama penumpang tidak sepadan dengan nama yang dipaparkan pada pasport penumpang, syarikat penerbangan berhak untuk menolak daripada membenarkan penumpang menaiki pesawat, oleh itu sila pastikan nama penumpang mesti sepadan dengan dokumen perjalanan sah anda sebelum anda mengesahkan tempahan. Tiada pindaan nama dibenarkan sebaik sahaja transaksi dalam talian telah berjaya dilengkapkan.

Jika anda mempunyai dua nama keluarga atau nama keluarga yang bersempang, sila masukkannya sebagai satu nama tanpa jarak atau aksara khas, seperti sempang.

Jika nama keluarga anda hanya mempunyai satu abjad, seperti O, sila masukkan OO sahaja dalam medan nama keluarga.

Sebagai contoh:

Nama keluarga dipaparkan pada pasport Masukkan sebagai
SZE-TO SZETO
AU YEUNG AUYEUNG
CHEUNG WONG CHEUNGWONG
O OO

Jika ada mempunyai nama tengah, nama itu hendaklah dimasukkan bersama-sama nama pertama/berian dalam medan “Nama”. Sila pastikan bahawa nama itu adalah mengikut turutan sepertimana yang dipaparkan pada pasport atau dokumen perjalanan sah anda yang lain.

Sebagai contoh:

Nama yang dipaparkan pada pasport [√ ] Masukkan sebagai:
Nama Keluarga TAYLER Nama Keluarga TAYLER
Nama Pertama / Nama MARY Nama MARY CHRISTINA
Nama Tengah CHRISTINA
Nama Keluarga CHAN Nama Keluarga CHAN
Nama TAI MAN TOM Nama TAI MAN TOM
Gelaran
TUAN Lelaki (Dewasa)
PUAN Wanita Sudah Berkahwin (Dewasa)
CIK Perempuan (Dewasa)
CIK Perempuan (berumur kurang daripada 12 tahun)
ENCIK Lelaki (kurang daripada 12 tahun)

Memandangkan tiada perbezaan antara Nama Keluarga dan Nama, seperti nama warga Indonesia, atau jika hanya nama penuh ditunjukkan pada pasport anda, kami memohon maaf kerana perkhidmatan dalam talian tidak dapat menerima transaksi tersebut. Sila hubungi kami di cs.my@hutchgo.com.

Sebagai contoh:

Nama yang dipaparkan pada pasport [X] Tidak dapat menempah melalui dalam talian
Sila e-mel di cs.my@hutchgo.com
untuk membuat tempahan.
Nama penuh SUTI
Nama penuh SITI MELA

Nama penumpang tidak boleh ditukar setelah tiket disahkan. Sila pastikan nama penumpang sepadan dengan dokumen perjalanan sah anda sebelum anda mengesahkan tempahan anda.

Untuk pasport yang mempunyai kesahan kurang dari 6 bulan, anda masih boleh membuat tempahan dalam talian. Walau bagaimanapun, sila pastikan bahawa pasport anda mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan kesahan (dikira dari tarikh perjalanan pergi balik anda) sebelum anda berlepas, jika tidak, syarikat penerbangan mempunyai hak untuk tidak membenarkan menaiki pesawat.

Anda cuma perlu klik butang "butiran" untuk mendapatkan butiran tentang sambungan penerbangan / perhentian bermalam selepas anda mencari tarikh perjalanan yang anda mahu.

Jika nama penumpang tidak sepadan dengan nama yang dipaparkan pada pasport penumpang, syarikat penerbangan mempunyai hak untuk menolak daripada membenarkan penumpang menaiki pesawat. Sila pastikan nama penumpang sepadan dengan dokumen perjalanan sah anda sebelum anda mengesahkan tempahan anda.

Tiket elektronik akan dikeluarkan sebaik sahaja tempahan telah disahkan. Tiket elektronik akan dihantar ke akaun e-mel berdaftar anda selewat-lewatnya pada hari kerja berikutnya. Anda disyorkan agar mencetak tiket elektronik dan membawa bersama dokumen perjalanan sah anda dan visa yang diperlukan setelah mendaftar masuk.

Kami boleh membuat permohonan khas kepada syarikat penerbangan bagi pihak tetamu, walau bagaimanapun, harap maklum bahawa semua permohonan dalah berdasarkan permohonan sahaja dan Syarikat Penerbangan mempunyai hak ke atas keputusan akhir.

Untuk penyerahan permohonan anda, sekurang-kurangnya 3 hari kerja sebelum berlepas: Anda boleh mengikut arahan di bawah untuk menyerahkan permohonan khas anda sekurang-kurangnya 3 hari kerja sebelum berlepas:

  1. Dapatkan semula butiran tempahan dengan:
    1. Klik pada “Tempahan Saya” dan masukkan nombor tawaran dan alamat e-mel anda;
    2. Klik pada pautan “Edit Tempahan Saya” yang dipaparkan pada halaman pengesahan
  2. Lengkapkan permohonan anda dalam borang dan serahkannya
  3. Pegawai Eksekutif Khidmat Pelanggan kami akan membalas e-mel anda dalam masa hari kerja berikutnya.

Harap maklum bahawa sesetengah syarikat penerbangan tidak akan menerima untuk sebarang permohonan kurang dari 24-48 jam sebelum anda berlepas.

  • Untuk Memasukkan “Nombor keahlian perbatuan” ke dalam tempahan
    Harap maklum bahawa bukan semua tambang berhak mendapatkan akruan atau naik taraf perbatuan. Sila semak dengan syarikat penerbangan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • Permohonan untuk peruntukan tempat duduk/atau hidangan khas
    Harap maklum bahawa semua permohonan adalah berdasarkan permohonan sahaja dan Syarikat Penerbangan mempunyai hak ke atas keputusan akhir.

Kebanyakan Syarikat Penerbangan biasanya menawarkan hidangan khas di bawah di dalam pesawat, tetapi itu juga bergantung kepada tempoh penerbangan dan laluannya.

  • AVML - Asian vegetarian meal
  • BBML - Baby meal
  • BLML - Bland meal
  • CHML - Child meal
  • DBML - Diabetic meal
  • FPML - Fruit platter meal
  • GFML - Gluten free meal
  • HNML - Hindu meal
  • KSML - Kosher meal
  • LCML - Low calorie meal
  • LFML - Low fat meal
  • LSML - Low salt meal
  • NLML - Low lactose meal
  • VGML - Vegetarian vegan meal
  • VJML - Vegetarian Jain meal

Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa kebanyakan syarikat penerbangan bajet tidak menawarkan perkhidmatan makanan dan minuman percuma. Harap maklum bahawa semua permohonan adalah tidak dijamin dan tertakluk kepada pengaturan syarikat penerbangan. Untuk mendapatkan pertanyaan lanjut, sila hubungi syarikat penerbangan secara terus untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Tambang penerbangan disebut adalah tidak termasuk cukai dan bayaran. Ringkasan amaun termasuk semua cukai dan bayaran akan diberikan sebelum halaman pembayaran.

Harap maklum bahawa sesetengah lapangan terbang mengenakan cukai berlepas yang perlu dibayar dalam mata wang tempatan di lapangan terbang tersebut. Cukai ini tidak termasuk harga anda. Penumpang bertanggungjawab untuk membayar di lapangan terbang tersebut dalam mata wang tempatan.

Tambang tiket penerbangan yang dipaparkan dalam tiket elektronik adalah tambang tiket penerbangan yang asal. Walau bagaimanapun, kami hanya akan mengenakan bayaran pada tambang penerbangan seperti yang dipaparkan pada resit rasmi.

Tiket kanak-kanak adalah sah hanya untuk kanak-kanak yang berumur 2 - 11 tahun dan tiket bayi adalah sah bagi bayi yang berumur kurang dari 2 tahun.

Untuk penumpang yang telah berumur 12 tahun ke atas pada/sebelum tarikh pergi balik mereka, mereka perlu membeli tiket penerbangan pada harga tambang orang dewasa;

Untuk penumpang yang berumur 2 tahun ke atas pada/sebelum tarikh pergi balik mereka, mereka perlu membeli tiket kanak-kanak.

Setelah transaksi dalam talian telah berjaya dilengkapkan, tempahan penerbangan segera dibuat dan tiket penerbangan akan dikeluarkan dengan serta-merta. Jadi anda dinasihatkan agar membaca dengan teliti peraturan tambang tersebut sebelum anda meneruskan untuk mengesahkan tempahan anda. Semua perubahan mesti mematuhi “Peraturan Tambang” tiket.

Harap maklum bahawa memandangkan peraturan tambang, selain daripada denda syarikat penerbangan, hutchgo.com akan mengenakan bayaran yuran pengendalian sebanyak HKD420 / USD55 bagi setiap tiket sebagai yuran tempahan semula.

Untuk penyerahan permohonan perubahan tarikh anda sekurang-kurangnya 3 hari kerja sebelum berlepas, anda boleh mengikut arahan di bawah:

  1. Dapatkan semula butiran tempahan dengan:
    1. Klik pada “Tempahan Saya” dan masukkan nombor tawaran dan alamat e-mel anda;
    2. Klik pada pautan “Edit Tempahan Saya” yang dipaparkan pada halaman pengesahan
  2. Lengkapkan permohonan anda dalam borang dan serahkannya
  3. Pegawai Eksekutif Khidmat Pelanggan kami akan membalas e-mel anda dalam masa hari kerja berikutnya.

Selain itu, semua perubahan mesti dibuat sekurang-kurangnya satu hari kerja sebelum tarikh berlepas yang asal; jika tidak, Syarikat Penerbangan akan mengenakan yuran tidak hadir tambahan atau tiket anda akan dianggap telah diguna. Jadi, sila hubungi syarikat penerbangan secara terus untuk mendapatkan bantuan sekiranya di luar waktu pejabat atau cuti umum.

Tempahan pakej adalah tidak boleh diubah, tidak boleh diendors dan tidak boleh bayar balik apabila telah disahkan.

Setelah transaksi dalam talian telah berjaya dilengkapkan, tempahan penerbangan segera dibuat dan tiket penerbangan akan dikeluarkan dengan serta-merta. Jadi anda dinasihatkan agar membaca dengan teliti peraturan tambang tersebut sebelum anda meneruskan untuk mengesahkan tempahan anda. Semua pembatalan mesti mematuhi “Peraturan Tambang” tiket.

Untuk penyerahan permohonan pembatalan tiket anda sekurang-kurangnya 3 hari kerja sebelum berlepas, anda boleh mengikut arahan di bawah:

  1. Dapatkan semula butiran tempahan dengan:
    1. Klik pada “Tempahan Saya” dan masukkan nombor tawaran dan alamat e-mel anda;
    2. Klik pada pautan “Edit Tempahan Saya” yang dipaparkan pada halaman pengesahan
  2. Lengkapkan permohonan anda dalam borang dan serahkannya
  3. Pegawai Eksekutif Khidmat Pelanggan kami akan membalas e-mel anda dalam masa hari kerja berikutnya.

Harap maklum bahawa sesetengah tiket khas adalah tidak boleh bayar balik. Untuk meneruskan dengan bayar balik tiket, selain denda syarikat penerbangan berdasarkan peraturan tambang, hutchgo.com akan mengenakan yuran pengendalian sebanyak HKD420 / USD55 bagi setiap tiket untuk pembatalan.

Selain itu, harap diingat bahawa semua pembatalan mesti dibuat sekurang-kurangnya satu hari kerja sebelum tarikh berlepas yang asal; jika tidak, Syarikat Penerbangan akan mengenakan yuran tidak hadir tambahan atau tiket anda akan dianggap telah diguna. Tiada bayar balik dibenarkan.

Tempahan pakej adalah tidak boleh diubah, tidak boleh diendors dan tidak boleh bayar balik apabila telah disahkan.

Setelah tempahan anda selesai, halaman pengesahan akan dipaparkan dengan nombor pengesahan tempahan kami. Kami juga akan menghantarkan e-mel kepada anda untuk mengesahkan semula jadual perjalanan lengkap anda. Selain itu, anda boleh menyemak tempahan anda dengan melayari halaman utama hutchgo.com dan mengklik "Tempahan Saya".

Syarikat penerbangan boleh melaraskan waktu dan jadual penerbangan mengikut pelbagai sebab yang berbeza seperti cuaca, atau keperluan operasi.

Sebagai penghormatan, kami akan mencuba sedaya upaya kami untuk memberitahu anda tentang perubahan tersebut melalui e-mel atau melalui telefon jika jadual perjalanan anda melalui perubahan jadual sebelum berlepas. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa semua pengaturan akhir adalah ditentukan oleh syarikat penerbangan. Oleh itu, kami amat mengesyorkan penumpang agar mengesahkan penerbangan dan lokasi daftar masuk mereka secara terus dengan syarikat penerbangan sebelum setiap kali berlepas.

Memandangkan peraturan imigresen yang berbeza untuk destinasi yang berbeza, sesetengah destinasi mungkin memerlukan penumpang untuk menunjukkan tiket pergi balik mereka untuk tujuan imigresen. Oleh itu, kami amat mengesyorkan penumpang agar menyimpan cetakan tiket untuk rujukan diri sendiri.

Harap maklum bahawa tiket penerbangan perlu digunakan secara berturutan. Semua tiket yang tidak berturutan tidak boleh diguna dan syarikat penerbangan mempunyai hak untuk tidak membenarkan penumpang menaiki pesawat.

Penumpang bertanggungjawab untuk sebarang dokumentasi perjalanan yang diperlukan. Hampir semua perjalanan ke destinasi antarabangsa memerlukan visa. Harap maklum bahawa visa transit diperlukan di lapangan terbang tertentu — bahkan untuk penerbangan sambung. Untuk kebanyakan destinasi, pasport atau dokumen perjalanan anda mestilah sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pergi balik anda. Anda hendaklah menghubungi duta atau konsulat destinasi yang akan anda tuju untuk mendapatkan nasihat terkini tentang syarat-syarat imigresen dan visa.